Latest News

June 19, 2017

Malakoff serah sumbangan Wakalah Zakat kepada asnaf DUN Kukup

wz1

Pontian - Sebanyak RM254,500 Wakalah Zakat telah disumbangkan oleh Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Asnaf DUN Kukup yang telah diadakan pada 19 Jun 2017 yang lalu.

wz2
 
Wakalah Zakat ini telah diagihkan kepada 509 orang asnaf fakir dan miskin di bawah Majlis Agama Islam Johor dari kawasan DUN Kukup. Majlis penyerahan tersebut telah diadakan di Masjid Kg Batu 26 untuk asnaf Mukim Jeram Batu, Dewan Terbuka Parit Sulaiman untuk asnaf Mukim Rimba Terjun dan asnaf Sg Karang serta di Kompleks Penghulu Serkat bagi asnaf Mukim Serkat dan asnaf Mukim Ayer Masin.

wz3
 
Majlis Perasmian dan Penyampaian Bantuan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, YB. Haji Suhaimi Salleh. Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi beserta barangan keperluan rumah kepada setiap asnaf yang terlibat.

Program yang diadakan ini membantu meringankan beban golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk turut sama merayakan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Back to Latest News
Back to Top