Latest News

August 18, 2017

Piala Pusingan Bertukar Tangan

bola1

Pada 18 Ogos 2017 yang lalu, satu perlawanan bola sepak persahabatan telah berlangsung di antara Malakoff dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di TSI Arena, Cyberjaya. Perlawanan persahabatan yang dianjurkan secara tahunan dan mempertaruhkan Piala Pusingan Malakoff-KeTTHA ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga kerja Malakoff dan KeTTHA di samping beriadah. 

bola2

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan kemahiran masing-masing mengelecek bola sambil mengatur strategi bagi menjaringkan gol. Pasukan KeTTHA juga menguji benteng pertahanan Malakoff dengan mengasak ke gawang bertubi-tubi. Para pemain Malakoff terpaksa berusaha keras menangkis serangan pihak lawan di samping mencari peluang untuk menjaringkan gol.

bola3

Kehadiran para penyokong dari kedua-dua pasukan pula menaikan semangat mereka untuk terus mempamerkan aksi terbaik demi untuk tidak menghampakan harapan para penyokong.

bola4

Separuh masa kedua pula memperlihatkan kesungguhan KeTTHA untuk mengatasi jaringan Malakoff. Aksi rancak permainan kedua-dua pasukan dan kerjasama erat di antara setiap pemain jelas kelihatan. Pada tiupan wisel penamat, keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan Malakoff, menandakan piala pusingan perlawanan bertukar tangan daripada KeTTHA kepada Malakoff.

bola5

Syabas diucapkan kepada semua pemain yang telah mempamerkan aksi bertenaga di sepanjang perlawanan persahabatan tersebut dan sekalung penghargaan kepada pihak KeTTHA kerana sudi menerima jemputan untuk perlawanan tahunan ini. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan!

Back to Latest News
Back to Top