Latest News

April 18, 2018

Piala Pusingan Milik Suruhanjaya Tenaga

ec football

Pada 18 April yang lalu telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan tahunan di antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di TSI Arena, Cyberjaya. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja ST dan Malakoff. 
 
ec football

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan memberi aksi bertenaga dan saling berbalas serangan namun berakhir tanpa sebarang jaringan. 
 
ec football

Separuh masa kedua menyaksikan aksi sengit kedua-dua pasukan untuk mendapatkan gol pertama. Percubaan demi percubaan kemudian membuahkan hasil apabila ST berjaya memperolehi gol pertama menerusi Mohd Hazwan Abdul Rahman yang menjadi gol tunggal perlawanan.
 
ec football

Aksi rancak permainan kedua-dua pasukan dan kerjasama erat di antara setiap pemain jelas kelihatan. Walaupun hujan lebat turun mencurah-curah, namun semangat kesukanan kedua-dua pasukan wajar diberi pujian. Perlawanan berakhir dengan keputusan ST 1- Malakoff 0 sekaligus menyaksikan ST membawa pulang piala pusingan dari tangan Malakoff.
 
ec football

Walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan Malakoff, namun kehadiran para penyokong dari kedua-dua buah pasukan ternyata memberi semangat dan kekuatan untuk para pemain mempamerkan aksi terbaik mereka. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak ST kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.
 
ec winner

Back to Latest News
Back to Top