Latest News

July 26, 2017

Sambutan Aidilfitri di Loji Janakuasa Eratkan Hubungan Malakoff dan Pihak Berkepentingan

raya1

Sambutan Aidilfitri telah diadakan di empat lokasi loji janakuasa Malakoff di Tanjung Bin (Johor), Prai (Pulau Pinang), Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan) sepanjang bulan Syawal yang dihadiri hampir 3,000 jemputan yang terdiri daripada warga kerja Malakoff dan pihak-pihak berpentingan.

Sambutan Majlis Hari Raya di Loji Janakuasa milik Malakoff adalah acara tahunan yang merupakan salah satu platfom untuk mengeratkan silaturrahim di antara pihak pengurusan dan para jemputan di samping mereka menikmati juadah raya yang disediakan.

raya2

Pelbagai juadah menarik dihidangkan kepada para jemputan termasuk menu-menu istimewa khusus dari negeri masing-masing. Antara juadah yang disajikan adalah kambing golek, burasak, lemang, rendang, laksa Johor, bihun sup utara, sate serta pelbagai kuih muih sebagai pemanis mulut. Manakala para jemputan di Prai dijamu durian yang kebetulan sedang bermusim pada waktu itu.

raya3

Kemeriahan sambutan hari raya ini juga dapat dilihat melalui wajah ceria warga kerja Malakoff dan ahli keluarga mereka yang hadir dengan berpakaian kemas dan cantik sedondon.

raya4

Di Lumut, En Mohd Salehuddin Abu Bakar, Pengurus Loji Janakuasa Lumut berasa teruja untuk menganjurkan jamuan hari raya kali ini, terutama sekali kerana beliau baharu dilantik untuk menerajui loji tersebut. “Ini adalah jamuan hari raya kali pertama bagi saya di sini. Oleh kerana itu, majlis ini merupakan peluang terbaik untuk berkenalan dan beramah mesra dengan pihak-pihak berkepentingan tempatan, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan antara warga kerja Malakoff,” ujar beliau.

raya5

Turut hadir, wakil pihak pengurusan kanan Malakoff, En Habib Husin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Mohd Shokri Daud, Naib Presiden Kanan, Divisyen Penjanaan Tempatan.

Back to Latest News
Back to Top