Latest News

March 24, 2017

Suruhanjaya Tenaga - Malakoff Pamer Aksi bertenaga

ec 1

Pada 24 Mac yang lalu telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan tahunan di antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di TSI Arena, Cyberjaya. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja ST dan Malakoff. Pertemuan kali ini menyaksikan pasukan bola sepak ST turun dengan misi untuk mempertahankan piala pusingan yang dijuarai pada perlawanan yang lalu.

ec 2

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun berakhir tanpa sebarang jaringan.

ec 3

Separuh masa kedua menyaksikan aksi sengit kedua-dua pasukan untuk mendapatkan gol pertama. Percubaan demi percubaan kemudian membuahkan hasil apabila Malakoff berjaya memperolehi gol pertama menerusi Mohd Syahrizat Mohd Kamal. 

ec 4

Namun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila ST menyamakan kedudukan menerusi Mohd Amirulazry Mohd Amin.

ec 5

Perlawanan menjadi semakin menarik apabila kedua-dua pasukan berusaha untuk mendapatkan gol kedua. Aksi rancak permainan kedua-dua pasukan dan kerjasama erat di antara setiap pemain jelas kelihatan. Percubaan dari Malakoff membuahkan hasil apabila gol kedua & ketiga muncul sebelum tamat minit-minit terakhir perlawanan.

ec 6

Perlawanan berakhir dengan keputusan Malakoff 3- ST 1 sekaligus menyaksikan Malakoff membawa pulang piala pusingan dari tangan ST. Walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan ST, namun kehadiran para penyokong dari kedua-dua buah pasukan ternyata memberi semangat dan kekuatan untuk para pemain mempamerkan aksi terbaik mereka. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak ST kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.

Back to Latest News
Back to Top