top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

KeTTHA Tewaskan Malakoff 4-1

14 March 2016



Pada 11 Mac yang lalu telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan di antara Malakoff dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja KeTTHA dan Malakoff. Pertemuan kali ini menyaksikan pasukan bola sepak KeTTHA membawa pulang piala pusingan selepas hampir 7 tahun tidak beraksi bersama.



KeTTHA bermula garang dengan mendahului separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol sehingga tamat separuh masa pertama.



Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun, KeTTHA berjaya membolosi gawang Malakoff menyaksikan kedudukan menjadi 3-0. Encik Ainor Khaliq Anuarudin menjadi penjaring tunggal gol Malakoff apabila berjaya menewaskan kubu pertahanan pasukan KeTTHA menjadikan kedudukan 3-1.



Walau bagaimanapun, KeTTHA sekali lagi berjaya membolosi gol Malakoff sebelum wisel penamat ditiup pada minit-minit terakhir perlawanan yang menyaksikan keputusan penuh perlawanan KeTTHA berjaya mengatasi Malakoff 4-1. Piala pusingan perlawanan telah disampaikan oleh Encik Ainor Khaliq Anuarudin, Naib Presiden, Perkhidmatan Undang-undang, Malakoff Corporation Berhad.



Walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan Malakoff, namun kehadiran para penyokong dari kedua-dua buah pasukan ternyata memberi semangat dan kekuatan untuk para pemain mempamerkan aksi terbaik mereka. Semangat juang yang tinggi dan juga kerjasama di antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan di sepanjang perlawanan berlangsung. Syabas di ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak KeTTHA kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini sekaligus menjulang piala pusingan. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.

bottom of page