bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Majlis Doa Selamat Malakoff Corporation Berhad

8 April 2015

Pada 9 April 2015 telah berlangsung majlis doa selamat sempena Pelancaran Prospektus (IPO) Malakoff Corporation Berhad di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada pukul 7 malam telah dihadiri seramai 200 orang yang terdiri daripada warga kerja Malakoff dan jemaah masjid.



Majlis ini dianjurkan untuk memberkati perjalanan majlis pelancaran penyenaraian Malakoff di Bursa Saham yang dijadualkan pada masa terdekat. Pengarah Urusan MMC Corporation Berhad, Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh turut hadir, diikuti barisan pimpinan Malakoff, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Operasi, Habib Husin, Ketua Pegawai Kewangan, Ruswati Othman, Naib Presiden Kanan Bahagian Usahasama, Azhari Sulaiman dan Naib Presiden Kanan Bahagian Pengurusan Aset, Mohd Shokri Daud.



Majlis dimulai dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Imam I Masjid Al-Bukhary, Ustaz Syed Mohammad, diikuti bacaan surah Yasin, solat Isya’ dan seterusnya solat hajat, untuk memohon keberkatan ke atas upacara pelancaran prospectus Malakoff.


Sebaik majlis doa Selamat selesai, para hadirin dijemput menjamu selera dengan hidangan yang disediakan di perkarangan masjid.


Semoga majlis ini diberkati dan upacara pelancaran prospektus Malakoff itu akan berjalan lancar.