bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff - Suruhanjaya Tenaga, Seri 3-3

26 March 2015



Pada 27 Mac yang lalu telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja ST dan Malakoff. Pertemuan kali ini menyaksikan perlawanan yang begitu sengit namun seimbang di antara kedua-dua buah pasukan.



Gol pertama Malakoff terlebih dahulu dihasilkan melalui jaringan oleh Mohd Syahrizat Mohd Kamal. Walau bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama selepas pemain ST, Wan Ahmad Fahmy menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir sebelum separuh masa pertama berakhir.



Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan masing-masing berjaya menjaringkan gol kedua dan ketiga sekaligus mengikat permainan dengan keputusan seri 3-3 sehingga wisel penamat ditiup.



Kehadiran para penyokong dari kedua-dua buah pasukan ternyata memberi semangat dan kekuatan untuk para pemain memberikan aksi terbaik mereka. Semangat juang yang tinggi dan juga kerjasama di antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan sepanjang perlawanan berlangsung. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih kepada pihak ST kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.