Sharing important news and updates for you and the community
Kehadiran kaki-kaki pancing Suruhanjaya Tenaga seawal jam 8 pagi jelas mengambarkan keterujaan mereka menyertai program “Jom Memancing” yang telah diadakan di Loji Janakuasa Port Dickson pada Sabtu, 27 Ogos 2016. Program santai yang julung kali diadakan ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan kerja antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga.
Pemancing dari Suruhanjaya Tenaga seramai 15 orang yang diketuai En Nawawi Said Abdullah selaku Ketua Unit Penyiasatan, Suruhanjaya Tenaga telah mengambil peluang untuk meneroka segenap penjuru kolam di Loji Janakuasa Port Dickson.
En Lukman Hakim Md Ali, Pengurus Loji Janakuasa Port Dickson mengalu-alukan kehadiran semua peserta yang hadir. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang di majlis penutup program tersebut.
“Saya rasa berbesar hati dengan kesudian wakil-wakil dari Suruhanjaya Tenaga untuk menyertai acara ini. Semoga aktiviti riadah sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan erat Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga di samping memberi peluang untuk kami mengenali mereka dengan lebih dekat dalam suasana yang santai,” ujar En Lokman apabila diminta mengulas tentang program tersebut.
En Mohamad Hilmi Ibrahim dari Suruhanjaya Tenaga diumumkan sebagai juara pertandingan memancing pada tahun ini dengan hasil tangkapan ikan siakap seberat 1.65kg.
Pemenang-pemenang pertandingan
En Mohamad Hilmi Ibrahim ( Suruhanjaya Tenaga ) – Ikan Siakap 1.65kg
En Amirza Zainal Abidin ( Malakoff )- Ikan Siakap 1.64kg
En Firdaus ( Suruhanjaya Tenaga ) – Ikan Siakap 1.41kg