
Sharing important news and updates for you and the community
Malakoff telah menganjurkan Ceramah Perdana 2015 sempena sambutan Isra’ Mikraj di Masjid Khairul Jariah, Segari pada 14 Mei 2015. Ini merupakan kali kedua ceramah seumpama ini diadakan di Segari dan penceramah terkenal, Ustaz Zul Ramli Mohd Razali telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Lebih kurang 200 jemaah yang terdiri daripada warga kerja Malakoff dan masyarakat setempat telah hadir mengimarahkan majlis ilmu tersebut. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan kata-kata aluan oleh Tuan Haji Abdul Rahman Hussin, Pengurus Loji Janakuasa Lumut. Ustaz Zul dalam syarahannya menyentuh tentang peristiwa Isra’ Mikraj dan pengorbanan Saidatina Siti Khadijah yang menjadi tulang belakang kejayaan perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Alhamdulillah, penganjuran Ceramah Perdana ini mendapat sambutan yang baik terutamanya dari masyarakat di sekitar Segari. Semoga penganjuran majlis sebegini dapat diteruskan sebagai satu medan ilmu di samping mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara warga kerja Malakoff dan masyarakat setempat.
