bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff Anjur Perlawanan Persahabatan Golf bersama Pihak Berkuasa Perak 2015

13 June 2015

Satu pertandingan golf persahabatan di antara Malakoff dan pihak berkuasa Perak telah berlangsung di Damai Lauf Golf & Country Club, Lumut, Perak pada hari Ahad, 14 Jun 2015. Seramai 20 pemain golf daripada Majlis Perbandaran Manjung, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Manjung, Pejabat Daerah Manjung dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak menyertai pertandingan kali ini.



Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerja di antara Malakoff dan pihak berkuasa tempatan. Encik Nordin Kasim selaku Naib Presiden Kanan, Malakoff Power Berhad, mewakili pihak pengurusan telah mengetuai pasukan golf Malakoff pada pertandingan tersebut.



Encik Wan Soon Kheng yang mewakili Pejabat Daerah Manjung telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan persahabatan pada tahun ini. Ia diikuti oleh Dato’ Zamri bin Man (Majlis Perbandaran Manjung) dan Inspektor Eddy Lau (IPK Manjung). Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Encik Nordin Kassim.


Pemenang

Tempat pertama : Encik Wan Soon Kheng (Pejabat Daerah Manjung) – 38 mata

Tempat kedua : Dato Zamri bin Man (Majlis Daerah Manjung) – 35 mata

Tempat ketiga : Inspektor Eddy Lau (IPK Manjung) – 34 mata