bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff Bantu Jemaah Haji Melalui Program Sahabat Korporat TH

25 July 2016

Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menyampaikan sumbangan untuk Program Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) dalam satu majlis di TH Hotel, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya pada 26 Julai yang lalu.



Pada tahun ini, Malakoff telah menyumbang wang tunai sebanyak RM100,000 untuk membantu jemaah haji yang bakal berlepas ke Tanah Suci bermula 4 Ogos ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan penghargaan bagi pihak Lembaga Tabung Haji kepada Malakoff, sebagai salah satu daripada penyumbang Program Sahabat Korporat TH. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah.


“Malakoff berbesar hati menyalurkan sumbangan untuk kemudahan jemaah haji pada tahun ini. Program Sahabat Korporat TH ini dilihat sebagai satu usaha dalam memastikan kebajikan mereka terjaga dan mereka dapat beribadat dengan khusyuk dan selesa,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid.


Malakoff merupakan satu daripada 34 rakan strategik Program Sahabat Korporat TH yang telah menyertai program ini sejak tahun 2013.