top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff sumbang RM100,000 bagi program Sahabat Korporat Tabung Haji

3 August 2015



Malakoff sekali lagi menyampaikan sumbangan untuk Program Sahabat Korporat Tabung Haji di dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Besar Tabung Haji, Kompleks Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lepas.


Sumbangan berjumlah RM100 ribu itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Dato’ Sri Syed Faisal Albar kepada YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji (TH) serta YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TH.


Malakoff merupakan satu daripada 34 rakan strategik Program Sahabat Korporat yang turut menyertai majlis tersebut. “Malakoff menyokong usaha yang dijalankan oleh Sahabat Korporat Tabung Haji kerana ia memberi manfaat bukan sahaja kepada para jemaah haji malah ia juga turut memberi peluang kepada syarikat-syarikat swasta untuk terlibat sama dalam program tersebut,” kata Syed Faisal.



Datuk Seri Jamil Khir dalam ucapannya berkata, “Program ini dilaksanakan untuk memberi peluang kepada syarikat korporat dan persendirian membantu meringankan beban Tabung Haji dalam menguruskan jemaah haji. Selain itu, usaha ini juga dapat memastikan perkhidmatan yang ditawarkan cemerlang bagi keselesaan para jemaah haji."



Malakoff merupakan rakan strategik Program Sahabat Korporat Tabung Haji sejak tahun 2013 dan tidak pernah melepaskan peluang untuk memberi sumbangan setiap tahun.

bottom of page