top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff Sumbang Wakalah Zakat RM20,000 Kepada Universiti Malaya

31 March 2022

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat Malakoff kepada Universiti Malaya (UM) telah berlangsung pada 1 April 2022 di Pejabat Canseleri, Universiti Malaya.



Malakoff telah menyumbangkan sumbangan berjumlah RM20,000 yang telah disampaikan oleh Puan Aliyah Abdul Halim, Timbalan Naib Presiden, Kumpulan Kewangan Malakoff kepada Professor Dr Sabri Bin Musa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) diiringi Professor Ir Dr Abdul Aziz Bin Abdul Raman Timbalan Naib Canselor (Penciptaan & Perusahaan). Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Professor Madya Dr Kamaruzaman Bin Noordin, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) merangkap Pengarah Jabatan Zakat dan Wakaf dan Cik Nur Muhaymin Binti Mahayuddin Ketua Pusat Perhubungan Alumni & Kemajuan Institusi (CARIA).



Malakoff berharap sumbangan Wakalah Zakat ini dapat membantu pihak UM untuk membuat perancangan bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar UM yang layak.

bottom of page