bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff Tewaskan Suruhanjaya Tenaga 3-1

12 June 2014



Pada 13 Jun yang lalu telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja ST dan Malakoff. Perlawanan persahabatan kali ke 6 ini menyaksikan kesungguhan pemain pasukan Malakoff untuk muncul memenangi perlawanan setelah tewas 0-5 kepada Suruhanjaya Tenaga pada pertemuan yang lalu.



Jaringan pertama Malakoff yang dijaringkan oleh Mohd Syahrizat Mohd Kamal menjadi pemangkin kepada pasukan Malakoff untuk menentang pasukan ST berhabis-habisan sehingga tamat separuh masa pertama.


Kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak menjadi pembakar semangat untuk kedua-dua buah pasukan terus mempamerkan permainan terbaik mereka. Gol kedua Malakoff hadir pada separuh masa kedua namun di balas dengan gol pertama ST.



Pasukan Malakoff tidak goyah dengan kedudukan tersebut dan terus berjuang mempertahankan kedudukan sehingga ke minit-minit akhir perlawanan di mana gol ketiga Malakoff hadir sebelum wisel penamat ditiup dan menobatkan kemenangan Malakoff.



Semangat juang yang tinggi dan juga kerjasama di antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan sepanjang perlawanan berlangsung. Syabas di ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih kepada pihak ST kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.