bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Boling Malakoff-TNB Eratkan Hubungan Kerjasama

21 October 2016



Pada 22 Oktober 2016, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan perlawanan boling persahabatan di antara warga kerja Malakoff KL HQ dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di U-Bowl, One Utama, Damansara. Perlawanan persahabatan ini, yang telah dianjurkan semenjak tahun lepas, bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga kerja Malakoff dan TNB dalam suasana santai.



Seramai 60 peserta, iaitu 40 dari TNB dan 20 dari Malakoff, tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan aksi cemerlang bagi mencapai pungutan mata yang tertinggi untuk memenangi hadiah kategori berkumpulan dan individu.



Di akhir perlawanan, En. Hasyim Yahya dari TNB muncul juara kategori individu, manakala juara berkumpulan pula dimenangi oleh Kumpulan 10, yang terdiri dari En. Hasyim Yahya, En. Ahmad Jaezan, En. Zuliadi dan En. Sharullizam.


En. Adam Idrus selaku Pengurus pasukan boling TNB mengucapkan terima kasih kepada Malakoff kerana menjemput TNB kali ini. “Pelbagai jabatan dari TNB telah turut serta dan sekaligus membantu membina hubungan baik di antara warga kerja TNB dan Malakoff. Hubungan yang terjalin melalui acara sukan adalah tidak terbatas,” ujar beliau.



Malakoff merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, terutamanya pihak TNB kerana sudi menjayakan perlawanan boling kali ini. Semoga hubungan usahasama di antara TNB dan Malakoff akan terus terjalin dan kita berjumpa lagi tahun hadapan!