bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Boling Persahabatan Antara Malakoff dan Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Pontian

27 February 2015



Pada 28 Februari yang lalu, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan perlawanan boling persahabatan di antara warga kerja Malakoff Tanjung Bin dan pihak berkuasa tempatan daerah Pontian bertempat di Angsana Bowling,Johor Bharu.



Seramai 74 peserta telah mengambil bahagian kali ini, iaitu 64 orang pemain dari Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Tanah Daerah Pontian,Majlis Daerah Pontian (MDP),Jabatan Alam Sekitar (DOE),Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta 10 orang pemain dari Malakoff. Tujuan perlawanan boling ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Malakoff dan pihak berkuasa tempatan.



Kesemua 17 kumpulan telah memperlihatkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi untuk muncul sebagai juara. En Mohd Amir bin Mohd Aris dari DOSH diumumkan sebagai juara kategori individu, diikuti En Mohd Fairuz Bin Md Azmi dari MDP sebagai naib juara kategori individu, dan tempat ketiga dimenangi oleh En Mohd Aizuddin Ramli dari Malakoff. Manakala untuk juara berkumpulan pula dimenangi oleh Kumpulan 12, iaitu En Abdul Karim bin Abd Rahman dari Pejabat Daerah Pontian, En Hj Mohd Izwan Bin Mohamed Awal dari MDP, En Muhammad Faiz Bin Shafie dari DOE dan En Mohd Aizuddin Ramli dari Malakoff.



Malakoff merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Tanah Daerah Pontian, Majlis Daerah Pontian, Jabatan Alam Sekitar (DOE), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) kerana telah menjayakan perlawanan boling kali ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain Malakoff yang telah hadir dan memeriahkan perlawanan. Semoga perhubungan baik di antara semua pihak dan Malakoff akan berterusan dan bertambah erat.