Sharing important news and updates for you and the community
Pada 14 Ogos yang lalu, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan di antara warga kerja Malakoff KL HQ bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall,Putrajaya.
Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin di antara Malakoff dan kedua-dua organisasi tersebut. Seramai 60 orang pemain yang terdiri daripada 20 orang pemain KeTTHA, 20 orang pemain ST dan 20 orang pemain dari Malakoff ternyata tidak melepaskan peluang yang diberikan dengan beraksi sebaik mungkin bagi mencapai pungutan mata yang tertinggi.
Pemain yang dibahagikan kepada 15 kumpulan terdiri dari pemain KeTTHA, ST dan Malakoff di dalam setiap kumpulan telah memperlihatkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi untuk muncul sebagai juara. En. Mumtaz Khan menjuarai kategori individu KeTTHA, sementara En. Zulkhairi Alias muncul sebagai juara kategori individu ST, manakala En Mohd Asraf Hamdan mengungguli kategori individu Malakoff. Kumpulan 7 yang terdiri dari En Redhwan, En Mohd Khairuddin, En Mumtaz Khan dan En Mohd Asraf Hamdan muncul sebagai juara berkumpulan.
Malakoff ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KeTTHA dan ST kerana sudi menjayakan perlawanan bowling persahabatan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain Malakoff yang telah hadir untuk memeriahkan perlawanan. Semoga bertemu lagi dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.