bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Bowling Persahabatan Antara Malakoff, MIDA, Tabung Haji dan Semasa Services

16 February 2012



Perlawanan bowling persahabatan antara Malakoff, MIDA, Tabung Haji, dan Semasa Services telah berlangsung di Cosmic Bowl, Mid Valley pada 17 Februari 2012 yang lalu. Para pemain datang dengan penuh bersemangat walaupun terpaksa menempuh kesesakan jalanraya akibata hujan lebat pada petang tersebut.



Kesungguhan pemain terserlah semasa perlawanan berlangsung pada jam 9 malam. Kemeriahan pusat bowling turut dirasai apabila masing-masing menunjukkan kehebatan menjatuhkan pin. Kehadiran hampir 120 orang pemain yang mewakili organisasi masing-masing cukup memberi saingan kepada setiap kumpulan untuk menjuarai perlawanan.



Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga kerja di Malakoff, MIDA, Tabung Haji dan Semasa Services. Mereka berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain di samping berkesempatan untuk beriadah bersama rakan sekerja. Tidak kurang juga yang membawa keluarga bersama untuk memberi sokongan.



Malakoff ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perlawanan persahabatan ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang menjuarai kategori-kategori yang dipertandingkan. Semoga kita dapat bertemu lagi di perlawanan persahabatan akan datang.