bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Bowling Persahabatan Antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga

4 September 2014



Pada 29 Ogos yang lalu, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah mengajurkan perlawanan bowling persahabatan di antara warga kerja Malakoff KL HQ dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bertempat di ARL Power Bowl, Alamanda Putrajaya.



Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua organisasi tersebut. Seramai 40 orang pemain dari ST dan 20 orang pemain dari Malakoff ternyata tidak melepaskan peluang yang diberikan dengan beraksi sebaik mungkin bagi mencapai pungutan mata yang tertinggi.



Pemain yang dibahagikan kepada 15 kumpulan terdiri dari pemain ST dan Malakoff di dalam setiap kumpulan telah memperlihatkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi untuk muncul sebagai juara. En Ir. Ahmad Nornadzmi muncul sebagai juara kategori individu ST, manakala En Md Yuha menjuarai kategori individu Malakoff. Kumpulan 13 yang terdiri dari En Syed Mohd, En Zaihan, En Zulkhairi dan En Asyraf muncul sebagai juara berkumpulan.



Malakoff ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ST kerana sudi menjayakan perlawanan bowling persahabatan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain Malakoff yang telah hadir untuk memeriahkan perlawanan. Semoga bertemu lagi dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.