bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Bowling Persahabatan Eratkan Silaturrahim Malakoff, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga

29 September 2016



Pada 30 September yang lalu, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan di antara warga kerja Malakoff KL HQ bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bertempat di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya.



Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin di antara Malakoff dan kedua-dua organisasi tersebut. Seramai 60 orang pemain yang terdiri daripada 20 orang pemain KeTTHA, 20 orang pemain ST dan 20 orang pemain dari Malakoff ternyata tidak melepaskan peluang yang diberikan dengan beraksi sebaik mungkin bagi mencapai pungutan mata yang tertinggi.



Pemain yang dibahagikan kepada 15 kumpulan terdiri dari pemain KeTTHA, ST dan Malakoff di dalam setiap kumpulan telah memperlihatkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi untuk muncul sebagai juara. Pn. Faisol Mustafa menjuarai kategori individu KeTTHA, sementara Ir. Ahmad Nornadzmi muncul sebagai juara kategori individu ST. Kumpulan 7 yang terdiri dari En Amisam Ismail, Ir. Ahmad Nornadzmi, En Md Yuha Ismail dan En Abdullah Omar muncul sebagai juara berkumpulan.



Malakoff ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak KeTTHA dan ST kerana sudi menjayakan perlawanan bowling persahabatan ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain Malakoff yang telah hadir untuk memeriahkan perlawanan. Semoga bertemu lagi dalam perlawanan persahabatan yang akan datang.