bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Suruhanjaya Tenaga Julang Piala Pusingan

15 February 2016



Pada 12 Februari yang lalu telah berlangsung perlawanan bola sepak persahabatan tahunan di antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Stadium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Objektif penganjuran perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang telah sedia terjalin di antara warga kerja ST dan Malakoff. Pertemuan kali ini menyaksikan pasukan bola sepak ST membawa pulang piala pusingan yang pertama kali dipertandingkan.



Malakoff mendahului separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol sebelum pemain ST merapatkan jurang dengan jaringan gol pertama pada minit terakhir sebelum separuh masa pertama berakhir.



Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan masing-masing berjaya mengikat permainan dengan keputusan seri 3 sama sehingga wisel penamat ditiup.



Tendangan penalti terpaksa diadakan untuk menentukan pemenang perlawanan tersebut. Pasukan ST berjaya membolosi gawang lawan sebanyak 4 jaringan seterusnya muncul sebagai pemenang piala pusingan pada perlawanan tersebut. Manakala pasukan Malakoff akur dengan hanya dua jaringan. Piala pusingan perlawanan telah disampaikan oleh Encik Ainor Khaliq Anuarudin, Naib Presiden, Perkhidmatan Undang-undang, Malakoff Corporation Berhad.



Walaupun nasib tidak menyebelahi pasukan Malakoff, namun kehadiran para penyokong dari kedua-dua buah pasukan ternyata memberi semangat dan kekuatan untuk para pemain mempamerkan aksi terbaik mereka. Semangat juang yang tinggi dan juga kerjasama di antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan di sepanjang perlawanan berlangsung. Syabas di ucapkan kepada kedua-dua pasukan. Ribuan terima kasih dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak ST kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini sekaligus menjulang piala pusingan. Semoga bertemu lagi di perlawanan yang akan datang.