>

NEWS

News Details

Majlis Penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat Malakoff Dun Kukup

PONTIAN – Seramai 344 golongan asnaf fakir dan miskin telah menerima sumbangan wakalah zakat dari pihak Malakoff sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf, Anak Yatim dan Berbuka Puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup pada 4 Julai yang lepas.

Majlis anjuran ADUN Kukup, YB Hj Suhaimi Salleh telah berlangsung di perkarangan Masjid Jamek Sg Bunyi, Pontian yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Johor, Malakoff Corporation Berhad dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut dihadiri oleh wakil pegawai kerajaan Johor di Pontian serta Penghulu-Penghulu Mukim.

Program ilmiah seperti tadarus dan khatam Al –Quran menjadi pembuka majlis yang bermula tepat jam 2 petang dan diteruskan dengan tazkirah agama oleh Tuan Hj Md Rofiki bin Dato’ Hj A Shamsudin, qadi dari Daerah Pontian.

Setelah selesai solat asar YB Hj Suhaimi menyampaikan wakalah zakat kepada semua penerima sumbangan dan semua jemputan kemudiannya berbuka puasa bersama-sama dan mendirikan solat Maghrib, Isya’ serta tarawih secara berjemaah.

Ini merupakan julung kali Malakoff membuat sumbangan melalui wakalah zakat yang diterima melalui Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban golongan yang memerlukan serta mengimarahkan lagi amalan sedekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Majlis ini juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan rapat yang sedia terjalin di antara Malakoff dan wakil Kerajaan serta penduduk kawasan DUN Kukup.

Start typing to see you are looking for.

Share Link