>

NEWS

News Details

Malakoff Anjurkan Ceramah Perdana Sempena Isra’ Mikraj di Segari

200 hadirin memeriahkan acara sambutan

Sempena meraikan sambutan Isra’ Mikraj, Malakoff telah menganjurkan Majlis Ceramah Perdana pada 12 Jun 2014 di Masjid Khairul Jariah, Segari, yang terletak berdekatan Loji Janakuasa Lumut, salah satu loji janakuasa Malakoff di Perak. Majlis ini juga untuk meraikan masjid yang baru sahaja selesai proses menaiktaraf yang ditaja oleh pihak Malakoff.

Majlis tersebut dihadiri oleh 200 hadirin yang terdiri daripada warga kerja Malakoff dan masyarakat kampung berhampiran. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan ucapan aluan daripada Pengurus Loji Janakuasa Lumut, Tuan Haji Abdul Rahman Hussin. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamri Zainurdin, seorang penceramah terkenal, berjaya membuka minda para hadirin tentang keajaiban Isra’ Mikraj dan kelebihan bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Dengan adanya acara sedemikian, ikatan silaturrahim antara warga kerja Malakoff dan komuniti sekitar Loji Janakuasa Lumut dapat menjadi lebih erat di samping menambah ilmu pengetahuan mereka yang hadir.

Start typing to see you are looking for.

Share Link