>

NEWS

News Details

Perlawanan Bowling Persahabatan antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga

Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah mengajurkan satu perlawanan bowling persahabatan di antara warga kerja Malakoff KL HQ dan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.

Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara kedua-dua organisasi tersebut. Seramai 30 orang pemain dari ST dan 18 orang pemain dari Malakoff telah berentap untuk bergelar juara. Pasukan ST telah diketuai oleh Ir. Azhar Omar, Pengarah Kanan, Jabatan Kawalselia Pembekalan & Pasaran Elektrik.

Mereka ternyata tidak melepaskan peluang yang diberikan dengan beraksi sebaik mungkin bagi mencapai pungutan mata tertinggi. Sorakan, tepukan dan kata-kata perangsang kedengaran apabila pemain berjaya menjatuhkan kesemua sepuluh pin dengan satu balingan.

Selepas perlawanan berakhir, para peserta disajikan dengan makan tengah hari.

En Jainuddin Mohayat, (SVP, Assets Management Division), di dalam ucapan penutupnya, amat berbesar hati dengan kesudian pihak ST menerima pelawaan dari pihak Malakoff. Beliau juga berpendapat bahawa aktiviti riadah yang sihat sebegina dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Hadiah bagi pemenang-pemenang telah disampaikan oleh En Jainuddin pada majlis penutup perlawanan.

Malakoff ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ST kerana sudi menjayakan perlawanan persahabatan bowling kali ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain Malakoff yang telah hadir untuk memeriahkan perlawanan ini. Semoga bertemu lagi dalam perlawanan persahabatan akan datang.

Start typing to see you are looking for.

Share Link