>

NEWS

News Details

Pusat Pengajian Komunikasi Usm Menandatangani Perjanjian Persefahaman Dengan Malakoff

Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program “Immersion Project, Appreciation, and Tribute” (IMPACT) 2010 yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyediakan satu platform kepada penuntut-penuntut tahun akhir untuk mempamerkan hasil kerja mereka, memberi peluang kepada masyarakat USM khususnya dan orang awam untuk mengenali PPK selain daripada mendekatkan hubungan dengan industri media tempatan, agensi-agensi kerajaan dan badan korporat.

Dalam menjayakan program ini, PPK USM telah mengatur pelbagai aktiviti seperti ceramah kerjaya, pendedahan kepada tren terkini dalam industri media, sesi temuduga dan sebagainya. Program-program seperti ini diharapkan dapat menjadi satu platform untuk para pelajar mempersiapkan diri dan mendapat gambaran realiti dunia pekerjaan hari ini yang bakal mereka tempuhi setelah mereka menamatkan pengajian mereka kelak.

Sehubungan dengan itu, satu perjanjian persefahaman telah ditandatangani di antara Pusat Pengajian Komunikasi (PPK) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Malakoff Corporation Berhad (MCB) untuk menempatkan pelajar-pelajar dari PPK menjalani latihan industri di Malakoff. Perjanjian itu ditandatangani oleh Professor Omar Osman dari USM dan diwakili oleh En. Yusop Abdul Rashid dari Malakoff.

Start typing to see you are looking for.

Share Link