Simpati dengan nasib kakitangan yang terkesan akibat banjir yang melanda negara pada akhir tahun lalu, kakitangan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mengadakan kutipan sumbangan bagi meringankan beban mereka bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini.
Menerusi inisiatif tersebut, sejumlah RM8,580.00 telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan kepada enam (6) orang penerima yang mana kediaman mereka terjejas teruk akibat musibah tersebut. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff pada 1 April yang lalu.
Menurut Encik Anwar Syahrin, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mereka yang terbabit banjir pada tahun lalu dan ia digerakkan hasil inisiatif Bahagian Pihak Berkepentingan dan Bahagian Sumber Manusia. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Encik Raja Iskandar, Ketua, Bahagian Sumber Manusia. Terdahulu, Malakoff turut menyalurkan bantuan awal kewangan kepada mereka yang terjejas pada bulan Januari yang lalu.
LEVEL 12, BLOCK 4, PLAZA SENTRAL, JALAN STESEN SENTRAL 5, 50470 KUALA LUMPUR, MALAYSIA