top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Aidilfitri Disambut Meriah di 4 Loji Janakuasa Malakoff

2 September 2014



Loji janakuasa Malakoff di Lumut, Prai, Port Dickson dan Tanjung Bin telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di tempat masing-masing sempena perayaan Aidilfitri tahun ini. Majlis-majlis tersebut telah dihadiri oleh warga kerja Malakoff beserta ahli keluarga mereka, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturrahim di antara mereka.



Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah, antaranya lemang, ketupat, rendang, laksa, cendol, ais kacang dan nasi beriyani. Istimewanya, kambing panggang juga tidak ketinggalan di dalam menu majlis-majlis tersebut. Keceriaan jelas terpancar di wajah para hadirin walaupun majlis diadakan secara sederhana.



Di Tanjung Bin, kemeriahan turut dirasai oleh Mr Clive Smith, seorang warganegara United Kingdom yang baru sahaja dilantik sebagai Pengurus Loji Janakuasa. Ini adalah kali pertama beliau menjadi hos untuk majlis sebegini.



“Sebagai Pengurus Loji ini, ini adalah peluang terbaik untuk kami bertemu dan meraikan perayaan ini bersama-sama pihak-pihak berkepentingan,” katanya mengulas tentang majlis tersebut.

Secara peribadi, beliau senang dengan keunikan budaya di Malakoff di mana para tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat beramah mesra di majlis sebegini.

Majlis-majlis tersebut turut dihadiri oleh En Nordin Kasim, Naib Presiden Kanan Malakoff dan Ketua Malakoff Power Berhad.

bottom of page