top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Malakoff Sumbang Wakalah Zakat RM50,000 Kepada Universiti Teknologi MARA

22 March 2022

Pada 23 Mac 2022, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) telah menyerahkan Sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM50,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Majlis Penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat tersebut telah disampaikan oleh Encik Anwar Syahrin Abdul Ajib, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff kepada Naib Canselor UiTM, Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor.


Majlis yang berlangsung di Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam itu turut dihari oleh Dr. Mohd Ashrof Zaki Bin Yaakob, Pengarah Jabatan Zakat, Sedekah dan Wakaf, UiTM. Malakoff berharap agar sumbangan Wakalah Zakat ini dapat membantu pihak UiTM dalam menyediakan kemudahan dan sokongan yang akan memberi manfaat kepada golongan sasar.

bottom of page