top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Bolasepak Malakoff-TNB Eratkan Silaturrahim

1 September 2016



Pada 2 September 2016 yang lalu, pasukan Malakoff telah sekali lagi berkunjung ke Padang Kilat TNB, Bangsar untuk perlawanan bolasepak persahabatan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dimulakan sejak tahun 2015, perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja Malakoff dan TNB menerusi aktiviti riadah.



Kedua-dua pasukan dilihat lebih bersemangat untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik setelah perlawanan tahun lepas berakhir dengan keputusan seri dua sama. Ketangkasan dan kehebatan pasukan TNB menguji kebolehan para pemain bolasepak Malakoff. Asakan demi asakan ditujukan ke gawang Malakoff dan pasukan Malakoff telah berusaha sehabis mungkin untuk menangkis serangan TNB. Kehadiran penyokong kedua-dua belah pihak pula membakar semangat kedua-dua pasukan untuk terus mempamerkan permainan terbaik mereka.



Tidak dinafikan lagi, TNB bukanlah calang-calang lawan untuk ditewaskan dan Malakoff terpaksa berhempas pulas untuk mencapai keputusan 3-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua juga memperlihatkan kesungguhan TNB untuk mengatasi jaringan Malakoff. Sekali lagi, Malakoff berusaha menepis serangan demi serangan dari pihak lawan. Namun, tiada jaringan berjaya ditambah dalam separuh masa kedua, dan perlawanan berakhir dengan keputusan 3-0.



En Mohd Azam Ismail, selaku Pengurus Pasukan Bola Sepak TNB mengucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan Malakoff kali ini dan berharap agar perlawanan persahabatan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Syabas kepada semua pemain yang telah mempamerkan aksi bertenaga di sepanjang perlawanan persahabatan ini dan sekalung penghargaan kepada pihak TNB kerana sudi menjadi tuan rumah perlawanan. Semoga kita bertemu lagi di perlawanan yang akan datang!

bottom of page