top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

Perlawanan Bolasepak Persahabatan Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga

26 January 2012

Perlawanan persahabatan bola sepak antara Malakoff dan Suruhanjaya Tenaga (ST) kembali lagi buat kali ke 5 yang berlangsung di Stadium Pancarona, Putrajaya pada 27 Januari 2012 yang lalu. Kehadiran penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak serta kesungguhan pemain-pemain bersedia untuk memulakan perlawanan telah memeriahkan lagi suasana sebelum sepak mula diadakan.



Kesungguhan pasukan ST akhirnya berjaya dimanfaatkan apabila mereka berjaya menjaring lima gol pada perlawanan tersebut. Walaupun pemain Malakoff berusaha untuk menjaringkan gol balas tetapi pemain ST berjaya mempertahankan gol mereka sehingga tamat permainan.



Perlawanan persahabatan ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kerja Malakoff dan ST. Acara informal ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari kedua-dua belah pihak. Kehadiran hampir 35 orang pemain Malakoff untuk perlawanan ini merupakan satu sambutan di luar jangkaan.



Malakoff ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak ST kerana sudi menjayakan perlawanan persahabatan bola sepak kali ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pemain-pemain dan penyokong-penyokong Malakoff yang turun padang memeriahkan perlawanan ini. Semoga bertemu lagi dalam perlawanan persahabatan akan datang.

bottom of page