top of page
bg_new_FA.jpg

Sharing important news and updates for you and the community

TNB, Malakoff Erat Silaturrahim Melalui Bola Sepak, Bola Jaring

25 October 2018



Malakoff Corporation Berhad telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring melawan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 26 Oktober 2018 yang lalu, bertempat di Padang Kelab Kilat TNB, Bangsar. Perlawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga kerja Malakoff dan TNB menerusi aktiviti riadah.


Perlawanan persahabatan tersebut melibatkan 60 pemain dari Malakoff dan TNB dan dimulakan pada jam 5.30 petang. Perlawanan bola sepak menyaksikan kedua-dua pasukan meletakkan kesebelasan pemain terbaik di awal permainan. Para pemain mempamerkan gerakan yang lincah dan bersemangat untuk mendapatkan mata untuk pasukan masing-masing. Namun begitu, penguasaan padang lebih didominasikan oleh TNB. Hasilnya, pintu gol Malakoff berjaya dibolos TNB pada separuh masa pertama dan kedua.



Memasuki separuh masa yang ketiga, para pemain Malakoff makin bersungguh-sungguh untuk memecah kebuntuan dan cubaan demi cubaan ditujukan ke arah pintu gol TNB. Akhirnya, mereka berjaya menghasilkan satu gol di minit-minit terakhir perlawanan. Keputusannya, TNB menang dengan jaringan 2-1.



Pasukan bola jaring Malakoff dan TNB juga turut mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan. Rentak permainan pasukan TNB yang pantas jelas mencabar kebolehan pasukan Malakoff apabila terus mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlawanan. Sekali lagi, pasukan bola jaring TNB muncul juara sebaik perlawanan berakhir dengan keputusan 22 jaringan berbalas 11.


Akhir kata, ribuan terima kasih kepada pihak TNB kerana sudi menjadi tuan rumah perlawanan persahabatan kali ini dan tahniah diucapkan sempena kemenangan mereka.


bottom of page